KELAB penyokong rasmi Chelsea, Malaysian Chelsea Soljabiru kembali mendahului Liga Fantasi Bual Bola AWANI dengan 1,468 mata selepas terikat dengan Manchester City Malaysia (MCM) minggu lepas.

MCM kini menduduki tempat kedua dengan 1,439 mata, selepas tamat minggu kelapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) semalam.

Arsenal Malaysia paling cemerlang minggu ini apabila tiga wakil mereka berjaya mengumpul mata tertinggi pada minggu kelapan iaitu 216 mata untuk melonjak ke tangga ketiga dengan 1,315 mata keseluruhan.

Kejayaan Arsenal menyebabkan All Reds Malaysia (ARM) jatuh ke tempat keempat dengan 1,246 mata.

Malaysia Spurs kekal di tangga kelima dengan 1,225 mata diikuti My Man Utd di tangga keenam dengan 1,221.

Dalam carta individu, MCM Cyberjaya kekal di puncak dengan 542 mata diikuti the Blues Blasters dengan 528 mata.

Ah Zan FC dari Arsenal Malaysia mengutip mata tertinggi untuk minggu kelapan iaitu 81 mata, namun menduduki tangga ke-13 liga.

Liga Fantasi Bual Bola AWANI disertai enam kelab penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris.

1. Malaysian Chelsea Soljabiru

Halifax Town 498
Blues FC 442
The Blues Blasters 528
Jumlah: 1,468

2. Manchester CIty Malaysia

MCM Cyberjaya 542
MCM Langkawi 486
MCM Tuaran 411
Jumlah: 1,439

3. Arsenal Malaysia

Play For Fun 470
Ah Zan FC 416
Arsenal Malaysia 429
Jumlah: 1,315

4. All Reds Malaysia

ARM Mek Mung Mek Aku FC 373
ARM Kaki Langgar FC 431
ARM Pasemboq FC 442
Jumlah: 1,246


5. Malaysia Spurs

Hemo Hemo 451
TH Master 380
Cap Ayam 394
Jumlah: 1,225

6. My Man Utd

Return of The King 399
Siti Kasim 403
Sidchan Power Kan? 419
Jumlah: 1,221