ROMELU Lukaku mendakwa Ole Gunnar Solskjaer mahu mengekalkan khidmatnya di Manchester United, bercanggah dengan kata-kata pengurus The Red Devils itu yang gembira melepaskan pemain kebangsaan Belgium itu menyerati Inter Ogos lalu.
Solskjaer memberitahu Sky Sports bahawa permulaan musim dengan kekurangan penyerang ekoran penghijrahan Lukaku yang merupakan "keputusan yang dilakukan dengan senang hati", tetapi Lukaku berkata ada masa pengendali United itu tidak merelakan perpindahannya.
Inter membayar United GBP74 juta (RM396 juta) pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ogos lalu, menamatkan spekulasi mengenai masa depan penyerang itu.
Tetapi dalam sesi temubual bersama Het Belang van Limburg, Lukaku berkata perpindahannya telah diputuskan pada permulaan Mac lagi.
"Saya amat menghormati Solskjaer," kata Lukaku.
"Beliau memahami saya ketika kami berbincang pada Mac bahawa sudah tiba masa untuk saya berhijrah.
"Saya sudah beraksi dalam EPL sejak berusia 18 tahun dan kini sudah berusia 26. Solskjaer mahu mengekalkan saya tetapi saya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran baru."
Lukaku telah menjaringkan sembilan gol dalam 12 penampilan bagi saingan Serie A untuk Inter, tetapi menjadi sasaran isu perkauman ketika berdepan penyokong Cagliari September lalu.
Dia menyedari apa yang perlu diharungi apabila tiba di Itali, menegaskan dia menikmati masanya bersama Inter.
"Saya mengetahui ia akan berlaku. Saya sudah bersedia kerana telah bercakap dengan pemain-pemain lain mengenainya.
"Tetapi saya menikmati Itali ketika ini. Orang ramai di jalanan bersikap baik terhadap saya dan ia membantu saya untuk fokus."
Astro Arena
Sun Nov 17 2019
Lukaku telah menjaringkan sembilan gol dalam 12 penampilan bagi saingan Serie A untuk Inter, tetapi menjadi sasaran isu perkauman ketika berdepan penyokong Cagliari September lalu. - Gambar fail
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
EPL: Liverpool kembali temui rentak kemenangan
Jurgen Klopp puji prestasi separuh masa kedua sempurna yang disajikan Liverpool selepas mereka memuktamadkan kemenangan 3-1 di Fulham.
EPL: Emery bangga Villa ukir kebangkitan menakjubkan
Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke-31, tuan rumah mengubah kedudukan dengan Morgan Rogers menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.