Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) masih menunggu keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung lokasi stadium ragbi kekal pertama negara yang difahamkan akan dibina di Putrajaya.
Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, beliau dimaklumkan oleh KBS dan MSN bahawa dua lokasi di Putrajaya telah dikenal pasti bagi pembinaan stadium ragbi berkenaan yang kosnya dianggarkan sebanyak RM10 juta.
"Saya difahamkan pihak KBS dan MSN masih menunggu keputusan muktamad daripada Perbadanan Putrajaya tentang (lokasi) stadium ragbi. Kita berharap Perbadanan Putrajaya dapat memberikan keputusan secepat mungkin kerana bajet sudah diluluskan untuk membina stadium itu," katanya.
Shahrul berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP), yang melabuhkan tirainya di Universiti Putra Malaysia (UPM) , Serdang dekat sini, semalam.
Mengulas lanjut, Shahrul berkata, keputusan mengenai lokasi akan dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin setelah mendapat persetujuan daripada Perbadanan Putrajaya.
KBS sebelum ini bercadang membina sebuah stadium ragbi kekal bagi menghargai kejayaan Malaysia menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asia 2016 di Bukit Kiara.
Mengenai program NRDP itu, Shahrul berkata, badan induk itu berpuas hati dengan penyertaan lebih 3,000 pelajar sekolah dari 235 sekolah di seluruh negara yang menyertai karnival berkenaan, yang berlangsung selama dua hari sejak semalam di UPM.
"Saya sangat teruja dengan maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah dari seluruh negara baik di bawah program NRDP dan bukan di bawah program ini. Saya juga gembira kerana penglibatan lebih ramai pasukan wanita kali ini.
"Saya juga dimaklumkan penganjur bahawa ramai sekolah yang berminat mengambil bahagian namun terpaksa ditolak kerana kekangan penjadualan dan juga kekurangan padang," jelas Shahrul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
SHAHRUL ZAMAN: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dimaklumkan oleh KBS dan MSN bahawa dua lokasi di Putrajaya telah dikenal pasti bagi pembinaan stadium ragbi dengan kos RM10 juta. - Gambar Fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
KRM buat laporan polis pecah kes amanah libatkan kakitangan
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu
Pemain ragbi negara era 80-an meninggal dunia
Arena sukan ragbi negara menerima perkhabaran duka apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.
KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021
Keputusan terpaksa dibuat kerana KRM berdepan masalah kehilangan potensi penaja utama disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
ARC 2018: Hong Kong, Korea Selatan nantikan kejutan pasukan negara - Duke
Bintang ragbi kebangsaan menyuarakan keyakinan dengan mengambil kira persiapan lebih bertenaga pasukannya bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Kenapa pemain naturalisasi penting untuk pasukan ragbi Malaysia?
Pemain naturalisasi yang berpengalaman dan komited memberi kesan positif kepada skuad ragbi negara.
Tiga latihan mampu ubah persembahan skuad ragbi negara
Ia membabitkan penggunaan alat peranti digital Sistem Kedudukan Global (GPS), Sportscode serta elemen sains sukan dalam sesi latihan.
Demi lencana didada, skuad Bunga Raya tidak gentar pasukan lawan
Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan pasukan ragbi Malaysia 15s termasuklah bakal menjalani latihan di New Zealand tidak lama lagi.
Stadium ragbi kekal, KRM tunggu keputusan KBS, MSN
Beliau dimaklumkan oleh KBS dan MSN bahawa dua lokasi di Putrajaya telah dikenal pasti bagi pembinaan stadium ragbi berkenaan yang kosnya dianggarkan sebanyak RM10 juta.
Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
Kementerian Belia dan Sukan dan Kesatuan Ragbi Malaysia sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian tapak bagi tujuan itu.