Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan suasana baharu kepada orang ramai sama seperti berada di Stadium Wembley di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil, tidak lama lagi.
Anggota Lembaga Pengarah PSM Radzi Tajuddin berkata PSM dan FAM akan membuat pengumuman rasmi berhubung kerjasama tersebut selewat-lewatnya sebulan daripada sekarang, pada Mei ini.
"Kembali kepada idea menjadikan tempat itu sebagai "Wembley Malaysia", kita sebenarnya sudah berbincang dengan FAM, dan kita akan umumkan mengenai kerjasama itu secepat mungkin. Idea itu sudah ada tetapi pada masa ini saya tidak boleh dedahkannya.
"Tetapi sesuatu yang besar akan diumumkan, mungkin dalam masa sebulan. Kita sedang memuktamadkan beberapa butiran dalam usaha menjadikan tempat tersebut Wembley Malaysia," katanya pada sidang media khas mengenai hala tuju PSM, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Pengerusi PSM Tan Sri Tony Fernandes sangat optimis bagi menjadikan KLSC sebagai "Wembley Malaysia" yang dapat menjana pendapatan kepada negara.
Beliau berkata PSM berhasrat mewujudkan suasana baharu sama seperti berada di Stadium Wembley, London, yang menempatkan restoran hebat, kedai cenderamata dan diadakan hiburan dalam kawasan stadium.
"Di Stadium Wembley disediakan makanan yang sedap, kedai cenderamata dan diadakan aktiviti hiburan pada hari tiada perlawanan. Orang ramai masih boleh datang ke stadium walaupun tiada perlawanan pada hari berkenaan.
"Jika anda pergi ke Old Trafford atau Wembley terdapat muzium, kedai menjual barangan dan restoran. Berbeza dengan KLSC pada masa ini, bila anda datang, tiada apa-apa.
"Di KLSC kebanyakan aktiviti di luar, tiada yang diadakan dalam kawasan stadium," katanya bahawa PSM akan turut bekerjasama rapat dengan persatuan sukan kebangsaan bagi memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai hala tuju PSM, Tony berkata beliau mahu menjadikan stadium berkenaan bukan sahaja tempat untuk penganjuran acara sukan, sebaliknya boleh diadakan konsert, persidangan atau sebagainya yang boleh menjana pendapatan kepada negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2019
Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif PSM Nik Razeen Daud (tengah) dan Radzi (kanan) bergambar selepas mengadakan sidang media berkaitan Bandar Sukan Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 April, 2019. - Foto BERNAMA
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kem Latihan Pusat RTT di Bukit Jalil ditunda kepada 8 Jun
Pindaan berkenaan adalah bagi membolehkan Casa 1 yang akan digunakan sebagai penginapan rasmi, menjalani proses nyah kuman setelah ia digunakan sebagai salah satu Pusat Kuarantin COVID-19.
'Stadium Wembley' di Bukit Jalil
Anggota Lembaga Pengarah PSM Radzi Tajuddin berkata PSM dan FAM akan membuat pengumuman rasmi berhubung kerjasama tersebut selewat-lewatnya sebulan daripada sekarang, pada Mei ini.