Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menaruh harapan bahawa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan memberi kilauan emas kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
BAM pada awalnya meletakkan sasaran tiga pingat emas daripada acara berpasukan campuran, beregu lelaki dan beregu wanita; bagaimanapun, mengkaji semula sasaran dengan meletakkan acara perseorangan lelaki yang diwakili pemain nombor dua dunia itu.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau percaya Chong Wei mampu lakukan yang terbaik dan menambah bilangan pingat emas kepada skuad badminton negara.
"Saya tahu dia (Chong Wei) mampu namun kita tidak mahu beri dia tekanan dengan meletakkan sasaran ke atasnya dan sasaran tiga pingat emas pada awalnya itu adalah realistik.
"Sasaran tersebut adalah berdasarkan kepada persediaan yang cukup lengkap dan teliti oleh pemain kita," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BAM dan Sen Heng Malaysia.
MoU itu adalah bagi tempoh dua tahun sehingga 2019 melibatkan tajaan perkakasan elektrik bagi kejohanan anjuran BAM dan latihan pemain-pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Mohamad Norza berkata, jika acara perseorangan lelaki berjaya meraih pingat emas, ia merupakan satu bonus berikutan pemain perseorangan lelaki negara akan menerima saingan sengit daripada pemain India.
Chong Wei yang dipetik media tempatan pada Khamis, meletakkan sasaran untuk meraih dua pingat emas, sekali gus menjadi atlet terbaik negara dalam sejarah Sukan Komanwel nanti.
BAM menyenaraikan lima pemain lelaki dan lima pemain wanita ke temasya berkenaan dengan diketuai oleh Chong Wei, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Liu Ying, Lai Pei Jing, Goh Jin Wei, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei.
Pada edisi empat tahun lepas, Malaysia meraih emas menerusi gandingan V Shem-Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian-Khe Wei (beregu wanita) dan berpasukan campuran.
Pada 2010 Malaysia berjaya meraih empat emas iaitu pencapaian terbaik di Komanwel menerusi Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki), Chin Eei Hui-Koo Kien Keat (beregu campuran) dan berpasukan campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 09 2018
MOHAMAD NORZA: Datuk Lee Chong Wei mampu menambah bilangan pingat emas kepada skuad badminton negara di Sukan Komanwel 2018. - Foto Bernama/Fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.