Pengarah teknikal BAM, Morten Frost yakin bahawa anak buahnya kempen Sukan SEA Singapura telah membuka mata ramai pihak mengenai potensi badminton Malaysia.

Malaysia menamatkan kempen dengan memungut dua emas untuk menyamai pencapaian 2003 di Vietnam.

Emas Malaysia hadir menerusi Chong Wei Feng yang menamatkan 14 tahun emas perseorangan lelaki milik Roslin Hashim. Sementara Amelia Alicia Anscelly-Soong Fei Cho mengatasi rakan senegara yang juga juara bertahan beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Perkembangan itu memberi kelegaan buat Morten Frost yang yakin bahawa perancangannya untuk menaikkan semula nama Malaysia sebagai kuasa badminton yang disegani berada di landasan tepat dengan berkata, "Ada sesetengah daripada anda yang sangsi.

"Apa yang kami perkatakan beberapa bulan lepas, saya dapat lihat daripada kaca mata anda yang menganggap ini adalah mustahil.

"Tapi kami berjaya melakukannya, malah kami melakukannya dengan lebih baik.

"Kami hampir sahaja mengulangi pencapaian 14 tahun lalu."