Malaysia berada dalam laluan yang tepat untuk mempertahankan pingat emas bola jaring Sukan SEA, selepas membenam pasukan tuan rumah Filipina 88-25 pada perlawanan pusingan awal, pada Selasa.
Walaupun berhadapan penyokong tuan rumah yang bersemangat di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna di sini, pemain negara menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka sebagai juara bertahan, dengan menang dengan jurang mata yang besar.
Juara dua kali itu bermula dengan baik, dengan mendahului 23-7 pada suku pertama, sebelum pasukan tuan rumah cuba mengurangkan jurang pada suku kedua, namun pasukan Malaysia berjaya mengekalkan momentum dengan mendahului 44-15.
Dengan kelebihan ketinggian pemain, Malaysia menambah jaringan untuk menang perlawanan kedua mereka, selepas mengalahkan Thailand 62-42, pada perlawanan pertama, semalam.
Pemain pertama negara yang beraksi dalam liga di luar negara, bersama kelab Australia, GWS (Greater Western Sydney) Fury, An Najwa Azizan akui, permainan mereka hari ini lebih baik daripada semalam.
"Tentunya satu permulaan yang baik, rancangan permainan kami pada perlawanan pertama agak kelam kabut, namun kami boleh lihat perubahan dalam perlawanan kedua. Hasrat kami ialah memperbaikinya setiap perlawanan dan menjalankan rancangan permainan untuk hari tersebut," katanya kepada media Malaysia selepas perlawanan.
Malaysia akan bertemu Brunei pada Khamis, sebelum menamatkan perlawanan pusingan 'round robin' menentang pesaing utama, Singapura pada Jumaat.
"Kami lihat Brunei agak sukar, tetapi kami ada rancangan permainan sendiri, dan kami akan laksanakan. Bertemu Singapura, semua di Sukan SEA telah meningkat, jadi kami perlu bermain lebih baik," kata pemain yang ketinggiannya mencecah 1.79 meter.
Sementara itu, jurulatih pasukan Tracey Robinson berkata, pasukan itu perlu mengambil serius setiap perlawanan dan bekerja keras di sepanjang keseluruhan 60 minit, sambil memfokuskan untuk bermain lebih baik.
"Perlawanan menentang Filipina ini antara yang amat penting, kami mahu bermain lebih baik dari semalam dan kami berjaya lakukannya. Brunei adalah satu pasukan yang bagus, kami adalah pasukan tertinggi di sini, tetapi ia semuanya berkaitan dengan permainan," katanya.
Mengikut format, pasukan menduduki tempat teratas dalam round robin akan bertemu pasukan di tempat keempat, manakala pasukan di tempat kedua akan bertemu pasukan di tempat ketiga pada peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada 1 Dis.
Untuk rekod, dalam tiga edisi Sukan SEA yang mana bola jaring dipertandingkan, Malaysia menang emas dua kali, kedua-duanya ketika negara menjadi tuan rumah pada 2001 dan 2017, manakala Singapura memenanginya ketika mereka menjadi tuan rumah pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Pemain Malaysia, Pow Mei Foong ketika mengasak pemain Filipina pada acara bola jaring wanita perlawanan peringkat kumpulan di antara Malaysia menentang Filipina. - fotoBERNAMA (2019)
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian
Impian Malaysia untuk layak ke Piala Dunia tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia.
Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.
Sukan SEA: Bola jaring Malaysia benam tuan rumah 88-25
Pemain negara menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka sebagai juara bertahan, dengan menang dengan jurang mata yang besar.
Bola jaring: Malaysia bangkit raih tempat ketiga terbaik Asia
Hong Kong mendahului 17-13 pada suku pertama, 25-24 (suku kedua), 36-35 (suku ketiga) sebelum skuad negara menguasai aksi suku terakhir.
An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.
Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.
KL2017: Kemarau emas bola jaring 16 tahun berakhir
Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.
KL2017: Bola jaring Malaysia ke final, tumpaskan Brunei
Ketangkasan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditandingi oleh Brunei yang ketinggalan 21 mata di suku masa pertama sebelum cuba memberikan sedikit tentangan pada suku kedua.
Bola Jaring: Malaysia tiada masalah ke final
Menepati ramalan ramai, skuad negara yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali tidak berdepan sebarang masalah untuk memenangi suku pertama 25-4 sebelum menamatkan suku kedua 39-12.
Bola jaring negara sekali lagi lakar kemenangan bergaya
Menampilkan aksi tangkas dan bertenaga, skuad negara kental mempertahankan benteng gol daripada dibolosi pasukan Brunei.