Atlet Malaysia di temasya Sukan SEA ke-28 wajar menjadikan kejayaan gandingan Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee sebagai pemangkin meraih pingat, kata Ketua Kontinjen Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
"Saya merasa terharu dan gembira sangat dengan kejayaan meraih pingat emas pertama negara hari ini. Saya harap kejayaan itu akan mencetuskan semangat untuk kontinjen kita memulakan buruan pingat emas.
Saya juga berharap kemenangan pingat emas hari ini akan mencetuskan kebangkitan luar biasa (kontinjen negara)," katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik OCBC, Hab Sukan Singapura, di sini hari ini.
Menurut beliau, atlet-atlet Malaysia yang bersaing pada Sukan SEA kali ini perlu bijak menangani tekanan khususnya daripada penyokong-penyokong tuan rumah.
"Saya sentiasa ingatkan kepada mereka (atlet) supaya jangan membiarkan situasi mengawal kita sebaliknya kita yang mengawal situasi," katanya.
Setakat ini kontinjen negara telah mengumpul satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Temasya Sukan SEA ke-28 akan dibuka secara rasmi esok.
Bernama
Thu Jun 04 2015
Malaysia raih pingat emas pertama di temasya Sukan SEA ke-28 hari ini melalui acara renang gandingan Katrina-Zylane. - Gambar Twitter @Pelapis
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Sukan SEA: Kejayaan Katrina-Zylane wajar jadi pemangkin kontinjen negara - Ketua Kontinjen
Malaysia raih pingat emas pertama di temasya Sukan SEA ke-28 hari ini melalui acara renang gandingan Katrina-Zylane.
Sukan SEA: Skuad renang berirama raih perak pertama negara
Kombinasi atlet lama dan baharu pasukan renang seirama negara berjaya mencapai sasaran meraih pingat perak dalam acara rutin bebas berpasukan pada Sukan SEA ke-28 di Pusat Akuatik OCBC, malam ini.