Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggesa bola sepak, tinju, renang dan olahraga yang mempamerkan prestasi membimbangkan untuk bangkit menjelang Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Di sebalik pencapaian keseluruhan yang menyerlah dengan pungutan pingat terbaik sejak edisi 2007 di Korat, Thailand.

Kejayaan kali ini bagaikan hilang seri apabila skuad bola sepak gagal melepasi peringkat kumpulan, sementara sukan tinjupula gagal memungut sebarang pingat.

Manakala renang dan olahraga diakui gagal mempamerkan prestasi meyakinkan berbanding temasya sebelum ini.

"Saya pernah menyuarakan olahraga dan renang amat membimbang.

"Adalah membimbangkan apabila kita melihat dominasi Singapura dan Vietnam berjaya di kolam renang,

"Saya rasa kita perlu terus pertingkatkan olahraga dan renang, terutama sekali sebelum 2017," tegas beliau.

Khairy turut mengesahkan enam sukan, antaranya kanu, softball dan polo air yang gagal menyumbang pingat pada temasya kali ini akan dikaji semula penyertaan di Kuala Lumpur 2017.