PERUBAHAN tarikh penutup Sukan SEA Kuala Lumpur mungkin menimbulkan kecelaruan daripada segi penjadualan, namun secara tidak langsung ia juga menjimatkan kos penganjuran temasya berkenaan.

Demikian pandangan Ppresiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat lembaga eksekutif MOM semalam menjelaskan perubahan tarikh penutup Sukan SEA perlu dilihat daripada aspek positif.

Walaupun mengakui rombakan dan penjadualan semula perlu dilakukan, secara keseluruhan bilangan hari temasya yang dikurangkan sehari mampu menjimatkan kos penganjuran.

"Kurang sehari bemaksud mengurangkan kos penganjuran untuk tempoh sehari. Ia akan memberikan penjimatan bukan sahaja buat pihak penganjur, ia juga merupakan penjimatan buat buat kontinjen-kontinjen lain,” kata Tunku Imran.

Persiapan untuk menghadapi temasya Sukan SEA merupakan sebahagian daripada intipati mesyuarat lembaga eksekutif MOM itu.

Selain itu, MOM juga telah menerima laporan penuh pembabitan kontinjen negara ke Sukan Musim Sejuk Asia 2017 di Sapporo, Jepun, Februari lalu.

Meskipun gagal meraih sebarang pingat, Tunku Imran memuji persembahan kontinjen negara dengan menaruh keyakinan potensi mereka masih dapat ditingkatkan lagi.

“Penyertaan Malaysia dalam Sukan Musim Sejuk tahun ini perlu diteruskan kerana ia tidak akan memalukan mereka kerana mereka akan dipertandingkan dalam Sukan SEA.

"Saya yakin ia akan diteruskan di Manila kelak kerana Manila mempunyai kemudahan yang baik yang pasti akan menjadi sebuah legasi baru.”