Berita  | Sukan

Syed Saddiq minta 'ekor harimau' jaga perlakuan dan 'have fun'

Syed Saddiq minta 'ekor harimau' jaga perlakuan dan 'have fun'
Menerusi catatannya di Twitter, Saddiq menyarankan orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan tidak merokok di kawasan stadium. - Foto Twitter/@StadiumMalaysia
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan rakyat Malaysia untuk menjaga perlakuan ketika menonton perlawanan final pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Menerusi catatannya di Twitter, Saddiq menyarankan orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan tidak merokok di kawasan stadium.
"Paling penting, have fun and scream your lungs out for Harimau Malaya!" kata Saddiq.

Dalam muat naik tersebut, Saddiq turut melampirkan sekeping gambar memperlihatkan beliau menaiki LRT untuk ke Bukit Jalil.