PERSATUAN Penyokong Bola Sepak Perak 'The Bos Gaurus - More Organised Brotherhood Soul' (TBG MOBS) berikrar mahu meningkatkan kualiti sebagai kelab penyokong negeri terbaik.

Hadir sama dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Persatuan semalam ialah Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Menurut Zainol Fadzi penubuhan ini adalah sejajar dengan hasrat FAM untuk melihat satu negeri diwakili oleh satu kelab sahaja.

"Ini satu keperluan dan memudahkan cara. Jika ada isu, persatuan ini dapat bersama-sama memainkan peranan untuk membantu PAFA" jelasnya.

Sementara itu Presiden TBG MOBS Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi berharap selepas kongres diadakan, dapat ditetapkan satu standard supaya semua kelab penyokong berada di bawah satu persatuan.

"Kini keahlian mencecah 1,000 orang dan masih ada kelab sedang mendaftar untuk bersama kami." jelasnya lagi.