RATU skuasy negara Datuk Nicol David tersenarai antara 20 atlet terbaik dunia tahun ini.

Senarai ini diterbikan oleh akhbar Britain, The Telegraph pada Rabu.

Dalam satu catatan ringkas, akhbar itu memuji dominasi Nicol David dalam arena skuasy.

“Atlet berusia 31 tahun ini memegang ranking nombor satu dunia selama 109 bulan sehingga bulan September tahun lepas, dan telah memenangi tiga pingat emas dalam acara World Games, dua pingat emas dalam temasya Komanwel dan memenangi juara dunia sebanyak lapan kali,” memetik akhbar The Telegraph.

Antara atlet yang turut tersenarai adalah pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, bintang tenis Serena Williams dan Novak Djokovic dan perenang Michael Phelps.

Nicol kini berada di ranking ketiga bermula bulan Ogos setelah beberapa bulan menduduki ranking keempat.