Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Tenis ATP Paris Masters: Pemain Rusia kalahkan Djokovic di final

Tenis ATP Paris Masters: Pemain Rusia kalahkan Djokovic di final
Karen Khachanov meraikan kejayaan selepas mengalahkan Novak Djokovic semasa kejohanan ATP Paris Masters di Arena AccorHotels, Paris, Perancis, 4 Nov, 2018. REUTERS
PEMAIN Rusia Karen Khachanov mengejutkan bakal pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dalam final Kejohanan ATP Paris Masters pada Ahad.

Khachanov menundukkan pemain Serbia itu untuk menang gelaran Masters pertamanya.

Khachanov mencatat keputusan 7-5, 6-4 dalam tempoh 1 jam 37 minit.

Ia turut meleburkan rekod 22 perlawanan tanpa kalah Djokovic.
Khachanov, yang merupakan pemain ke-18 dunia, bakal meningkat ke tangga 11 ranking dunia.

Bagaimanapun, kekalahan ini tidak mengubah kedudukan Djokovic selaku pemain tenis nombor satu dunia.