Berita  | Sukan

Terbuka Australia: Peluang Peng Soon-Liu Ying tamatkan kemarau kejuaraan

Terbuka Australia: Peluang Peng Soon-Liu Ying tamatkan kemarau kejuaraan
Peng Soon (kiri) dan Liu Ying hari ini menundukkan pasangan dari China, Wang Zekang-Li Yinhui, dengan 25-23. - BERNAMA/Fail
BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, kembali ke pentas final sejak Januari lalu apabila berpeluang merebut gelaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney, esok.

Dalam set pertama separuh akhir dengan wakil China, Wang Zekang-Li Yinhui, hari ini, pertarungan berlangsung sengit sehingga menyaksikan kedua-dua seteru itu terikat 16-16. Bagaimanapun, Peng Soon-Liu Ying memperkemaskan permainan untuk mendominasi set pertama 21-16.
Aksi mendebarkan berlanjutan dalam set berikutnya sehingga mereka terikat 20-20. Bagaimanapun, kemenangan berpihak kepada wakil Malaysia itu dengan memuktamadkan pertarungan 25-23. 

Sehubungan itu, Peng Soon-Liu Ying akan berentap menentang wakil Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung, yang berada di ranking keenam dunia dalam final, esok.




Untuk lebih banyak lagi berita sukan dan video, klik di sini