NOVAK Djokovic mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas meraih kemenangan straight-set ke atas Joao Sousa.

Dijangka berdepan Roger Federer dalam suku akhir merupakan sesuatu yang dinantikan semua peminat sukan tenis, tetapi pertembungan pusingan keempat Djokovic membuktikan ia lebih sukar, berbanding keputusan perlawanan 6-3, 6-4, 6-3 yang memihak kepada bekas pemain nombor satu dunia itu.

Aksi kurang menyerlah daripada Sousa, Djokovic yang bergelut mempamerkan aksi yang konsisten dan cuaca yang panas di Flushing Meadows, merupakan kesimpulan pertembungan ini.

Bagaimanapun, Djokovic berjaya menemui sentuhan permainan pada set terakhir dengan memenangi sembilan daripada 11 mata untuk menewaskan Sousa sekali gus mara ke suku akhir dan dijangka berdepan Federer - jika dia mengatasi Millman.

Dalam saingan wanita, persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh wakil Russia, Maria Sharapova, dikejutkan oleh Carla Suarez Navarro yang meraih kemenangan 6-4, 6-3 untuk mara ke suku akhir.