SERENA Williams menandakan kepulangannya ke Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan straight sets ke atas Magda Linette, hari ini.

Juara 23 kali Grand Slam itu terlalu baik buat Linette ketika melakar kemenangan 6-4, 6-0 dalam pusingan pembukaan di Stadium Arthur Ashe.

Williams, yang terlepas kejohanan utama tahun lalu apabila melahirkan bayi perempuannya pada September, memperbaiki rekod kemenangan 18-0 dalam pusingan pertama di laman sendiri Grand Slam.

Pemain AS, yang juga pilihan ke-17 di New York, berkembang dalam pertarungannya dengan Linette, yang tidak sepadan dengan Williams.

Servis break dalam permainan ketujuh set pertama sudah cukup untuk Williams menguasai pembukaan, dengan Linette hanya memenangi tujuh mata berbanding servis pemain berusia 36 tahun itu.

Williams meneruskan momentum itu ke set kedua, mendahuli 3-0 ketika dia mendominasi dengan tenaganya dari belakang gelanggang.

Pukulan kilas yang kuat menyaksikan Williams sekali lagi di depan 5-0, menamatkan kemenangan selesa dan menempah pertemuan dengan Carina Witthoft dalam pusingan kedua.