Pengikut media sosial hari ini telah dikejutkan dengan berita peletakan jawatan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA) melalui satu kenyataan media.

Pengisytiharaan yang dibuat oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen.

Rata-rata pengamal media sosial melahirkan rasa kecewa mereka terhadap keputusan TMJ yang mengejutkan ini.

Seorang pengguna Twitter bernama Farah bertanya “kenapa TMJ letak jawatan? You did very well.
Manakala Klubbkiddkl pula berkata, "seluruh bangsa Johor bersedih, harap perjuangan TMJ terus ke FAM."
Seorang lagi pengguna Twitter bernama Sir Aiyel Edham berkata, "Tapi apa pun, kita sebagai bangsa Johor, jangan gopoh, TMJ masih milik JOHOR. Kita steady!"
Erwn Zaid pula berpendapat TMJ mungkin melepaskan jawatan sebagai presiden PBNJ kerana ingin memberi tumpuan kepada pembangunan negeri Johor.
Ada juga diantara mereka yang mengucapkan terima kasih kepada putera Johor tersebut atas jasa baginda dalam merevolusikan pasukan bola sepak Johor.
Malah, segelintir netizen turut mempersoal jika TMJ akan dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Komen media sosial berkaitan peletakan jawatan TMJ

Terdahulu, Mohd Fahmy mengisythiharkan peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden Johor FA melalui satu kenyataan rasmi Facebook.