PERSENGKETAAN antara bekas petinju professional Paulie Malignaggi dan bintang seni bela diri campuran (MMA) dari UFC Conor McGregor memang tidak dapat dibendung lagi.

Terbaharu, Malignaggi dilihat menyatakan perasan tidak puas hatinya terhadap McGregor dalam postingnya di laman sosial Instagram pada Rabu.

Dalam video tersebut, Malignaggi dilihat sedang berjalan di hadapan sebuah mural berupa gambar McGregor.

Malignaggi kemudian ditanya tentang pendapatnya terhadap McGregor, di mana secara spontan dia melihat mural tersebut dan meludah ke arahnya.

Persengketaan mereka berdua bermula ketika persiapan McGregor menentang petinju lagenda, Floyd Mayweather pada Ogos 2017.

BACA: 'Sudahlah tu, dik.. berhenti jadi bahan' - Chris Jericho sekolahkan McGregor

Malignaggi pada mulanya berada di dalam pasukan McGregor dan mereka berlatih bersama semasa kem latihan.

Namun perbalahan tercetus apabila McGregor menuat naik sedutan video daripada sesi latihan tinju mereka di laman sosial milik McGregor.

Dalam sedutan video tersebut Malignaggi kelihatan dibelasah dan McGregor juga berjaya menjatuhkan Malignaggi.

Ekoran tersebarnya sedutan video tersebut, Malignaggi mencabar McGregor untuk memuat naik versi penuh sesi latihan mereka.

Namun permintaan itu tidak dilayan McGregor.