Setiap negara yang menyertai Piala Thomas dan Piala Uber mempunyai hak dan prerogatif, sama ada hendak menyertai atau menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut, kata Badminton Asia (BA).
Mengulas dakwaan laporan media daripada pelbagai negara luar yang mengatakan penarikan diri pasukan dari Asia daripada kedua-dua kejohanan itu sebagai 'pentingkan diri', Ketua Pegawai Operasinya Saw Chit Boon percaya, keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara, melibatkan keselamatan dari COVID-19.
"Secara peribadinya bagi saya semua negara mempunyai hak dan prerogatif untuk membuat keputusan untuk ke negara penganjur, untuk menyertainya atau tidak. Setiap negara mempunyai SOP (prosedur operasi standard) dan peraturan masing-masing berkaitan mengekang pandemik COVID-19.
"Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita sendiri mengekang COVID-19," katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BA dan Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kerjasama digital antara BA dan UTM itu akan menyaksikan negara membangun Asia mendapat faedah daripada satu aplikasi yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlit yang terlibat dengan Projek Olimpik Asia (AOP).
AOP merupakan satu program yang membantu altet berbakat daripada negara membangun, untuk meningkatkan prestasi mereka dan layak ke sukan Olimpik.
Minggu lepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan penangguhan Piala Thomas dan Piala Uber, selepas beberapa negara menarik diri akibat kebimbangan COVID-19.
Juara Piala Thomas 13 kali Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan Australia, telah menarik diri daripada kejohanan tersebutm yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark daripada 3-11 Okt.
Tiada tarikh baru diumumkan untuk kejohanan itu, yang telah ditangguh tiga kali, namun BWF berkata ia tidak akan berlangsung sebelum 2021.
"Keputusan BWF untuk menangguhkan kejohanan tahun ini adalah untuk keselamatan pemain dan pegawai. Saya rasa keselamatan manusia adalah keutamaan. Namun kita perlu kekal bersama sebagai keluarga badminton.
"Kita hanya akan memulakan kehohanan selepas ia selamat dari COVID-19, kerana badminton agak berbeza. Kita bermain dalam dewan berhawa dingin dan tertutup. Tidak sama dengan sukan di luar, agak sukar untuk kita pastikan semuanya selamat, sebelum kita buka semula," katanya.
Bernama
Wed Sep 23 2020
Setiap negara yang menyertai Piala Thomas dan Piala Uber mempunyai hak dan prerogatif, sama ada hendak menyertai atau menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut, kata Badminton Asia (BA). -Bernama
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.