Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkeras mahukan Majlis Sukan Negara (MSN) kembali menyenaraikan sukan itu sebagai sukan teras negara dan menjadi acara pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat membuat sebarang rayuan kerana merasakan tidak ada alasan untuk sukan berkenaan digugurkan daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan itu.
Beliau berkata PSM mempunyai bahan dan laporan lengkap yang menyokong bahawa sukan itu masih relevan dan layak untuk mengisi senarai sukan teras negara.
"Sehingga sekarang, tidak ada satu penjelasan kukuh daripada Ketua Pengarah MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) berhubung pengguguran sepak takraw kepada PSM," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Exco PSM di Ibu pejabat PSM, semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata PSM akan mengatur perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bagi membincangkan serta mencapai kata sepakat untuk mengatasi kemelut berkenaan.
"Kita tidak akan berbincang dengan MSN. Kita hanya akan berbincang dengan menteri (Khairy). Kita akan kemukakan semua fakta berkaitan prestasi sukan sepak takraw seterusnya biarkan menteri sendiri yang menilai dan membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata atas inisiatif PSM menganjurkan Liga Sepak Takraw (STL), kejohanan itu berjaya meraih rating lebih lima juta penonton sepanjang ia ditayangkan secara langsung di sebuah saluran televisyen berbayar negara pada tahun ini.
"Kita sudah mempunyai begitu ramai peminat tetapi tiba-tiba sahaja sepak takraw seperti ingin 'dilelapkan'. Kita akan bangkitkan semangat mereka semua untuk berjuang dengan kita demi mempertahankan sukan ini," katanya.
Ahmad berkata PSM mengambil alih sepak takraw pada 2003 daripada MSN dan dalam masa dua tahun, sukan berkenaan menyumbang pingat emas kepada negara menerusi acara antara regu pada Sukan SEA 2005 di Manila.
"Selepas itu, pada 2008 sepak takraw mula disenarai sebagai sukan teras… memanglah prestasi itu ada turun dan naik sehingga ke hari ini.
"Paling tidak, MSN perlu fikir satu sahaja… beri peluang sehingga Sukan Asia tahun depan. Kalau kami tidak berjaya di Sukan Asia barulah kita duduk berbincang untuk fikir tindakan selanjutnya," kata beliau.
Sementara itu, Ahmad turut mempersoal jika terdapat permainan politik dalam MSN sehingga menggugat sepak takraw dan dua sukan lain yang turut digugurkan.
"Kalau mereka nak main politik, mereka harus keluar daripada MSN dan masuk dalam kancah politik tetapi kalau mahu terus berada dalam MSN, tolong buat kerja untuk memajukan sukan," tegasnya.
Sebelum ini, media melaporkan Khairy mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 sukan teras negara di bawah program MSN bermula Sukma Perak 2018.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Khairy, berikutan prestasi merosot tiga sukan berkenaan, selain terpalit isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2017
Ahmad Ismail berkata, sepak takraw sudah mempunyai begitu ramai peminat tetapi tiba-tiba sahaja ia seperti ingin 'dilelapkan'. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.