PERBADANAN Dart Profesional PDC memulakan langkah positif bagi menghentikan eksplotasi wanita dalam sukan apabila menghentikan serta-merta khidmat gadis pengiring dalam kejohanan anjurannya.

Arahan itu akan berkuat kuasa pada siri kejohanan Masters di Milton Keynes hujung minggu ini.

Keputusan dibuat PDC selepas berunding dengan pihak penyiaran rasmi sukan itu.

Sebelum ini pemain nombor satu dunia Michaek van Gerwen mencadangkan agar tradisi itu dihentikan kerana ia jelas mengeksploitasi golongan wanita.

Gerwen berpendapat kehadiran gadis dart dalam keadaan mencolok mata jelas tidak membawa sebarang manfaat kepada sukan itu sebaliknya menjadikan sukan berkenaan tidak sesuai ditonton pelbagai lapisan usia.

Bagaimanapun keputusan itu dibantah bekas juara dunia Raymond van Barneveld.

Menerusi petisyen atas talian van Barneveld meminta agar PDC menarik balik keputusan berkenaan.

Setakat ini petisyen berkenaan telah ditandatangani lebih lima ribu orang.

Langkah positif PDC ini dijangka akan menguatkan lagi desakan agar badan induk sukan lain menghentikan amalan eksploitasi tehadap wanita.

Pemilik baharu Formula One (F1) Ross Brawn pada Disember lalu memaklumkan pihaknya sedang mempertimbang sama ada mengekalkan khidmat gadis litar atau sebaliknya bagi musim depan.

Ia susulan desakan agar tradisi yang telah bermula puluhan tahun itu dihentikan. Malah ada pihak mencadangkan tugas berkenaan dikekalkan namun digantikan dengan lelaki.