JOSE Mourinho percaya tiada pasukan di dunia mampu menangani masalah kecederaan seperti yang melanda Tottenham Hotspur ketika ini.
Spurs disingkirkan daripada Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas 0-3 kepada RB Leipzig dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Kesilapan penjaga gol, Hugo Lloris, membantu Marcel Sabitzer meletakkan Leipzig berkelebihan dua gol dalam babak pertama sebelum pemain gantian, Emil Forsberg, menjaringkan gol pada lewat permainan untuk pasukan tuan rumah itu ke suku akhir dengan agregat 4-0
Ia bermakna harapan Spurs untuk menamatkan penantian trofi musim ini musnah serta-merta dan mereka juga sedang bergelut untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan -- skuad kendalian Mourinho itu kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris.
BACA: Mourinho berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk
Tottenham kehilangan khidmat Son Heung-min sejak bulan lalu gara-gara patah lengan manakala penyerang utama, Harry Kane, pula diketepikan sejak awal tahun ini.
Pertahanan sayap, Ben Davies, turut terlepas kunjungan ke Leipzig itu kerana kecederaan paha dan dengan ketiadaan Davinson Sanchez, kerapuhan pertahanan Spurs mudah diekploitasi Leipzig.
Ditanya sama ada masalah kecederaan itu menjadi punca pasukannya tersingkir, Mourinho berkata dalam sidang media: "Amat sukar untuk saya memperkatakan mengenai kecederaan tetapi anda mahu saya bercakap mengenai perkara yang sudah jelas berpunca daripada kecederaan ini?
"Jika anda mahu melakukan latihan minda dan membayangkan Leipzig malam ini turun tanpa Sabitzer, (Patrick) Schick, (Timo) Werner, anda fikir mereka boleh menang?
BACA: Bintang Tottenham seperti mati, skuad dalam bahaya - Mourinho
BACA: Tottenham tewas, Dier bertelingkah dengan penyokong sendiri
"Anda mahu membayangkan Liverpool tanpa (Mohamed) Salah, (Sadio) Mane, (Jordan) Henderson, Barcelona tanpa (Antoine) Griezmann, (Lionel) Messi, (Luis) Suarez, (Gerard) Pique, anda mahu membayangkan perkara ini terjadi kepada setiap pasukan di dunia?
"Saya fikir setiap pasukan akan bergelut jika kehilangan lima atau enam pemain utama. Ia semudah itu.
"Semua pemain Leipzig dapat diturunkan. Forsberg dapat bermain, (Yussuf) Poulsen dapat diturunkan, mereka semua boleh mengisi kekosongan di dalam pasukan saya.
"Saya amat yakin pasukan kami akan meningkat musim depan dengan kehadiran pemain ini (yang akan kembali daripada kecederan).
"Tetapi kami juga menyedari beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
"Masalah kami tidak berakhir dengan kecederaan tetapi tiada pasukan di dunia boleh menangani masalah kecederaan yang terlalu lama.
"Anda boleh menanganinya dalam satu atau dua perlawanan tetapi anda tidak dapat melakukannya sehingga tiga atau empat bulan.
"Ia terlalu lama," katanya.
Astro Arena
Wed Mar 11 2020
Pemain Tottenham Hotspur Lucas Moura dan pengurus Jose Mourinho kelihatan sugul selepas perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah antara RB Leipzig dan Tottenham Hotspur di Arena Red Bull, Leipzig, Jerman, 10 Mac, 2020. REUTERS
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.
Anjing liar terus ancam keselamatan penduduk
Lebih merisaukan lagi apabila anjing berkenaan didakwa mula bertindak ganas dengan mengejar individu yang melalui kawasan tersebut.
Dua lelaki cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa kemudian berjaya distabilkan dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
11 cedera, 1 hilang letupan di hotel Texas
Letupan di Hotel Sandman Signature Fort Worth Downtown itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.
Gempa 6.2 magnitud gegar China, 86 terkorban
Tiga penduduk yang terperangkap di Kampung Diaoji berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.
Beijing: 102 penumpang cedera dalam kemalangan tren subway
Pihak berkuasa perbandaran mengarahkan pasukan penyiasat menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian.