Gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak akan menyerah kalah selagi belum tiba tempoh tamatnya kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo pada April ini.
V Shem ketika ditemui berkata sebelum tarikh tutup itu, mereka masih lagi berpeluang dan akan berjuang bermati-matian bagi mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan walaupun menyedari saingan semakin sengit.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 kini menduduki ranking ke-10 dunia.
"Sebelum kelayakan Olimpik tutup, kita akan berlawan sebaik mungkin, tidak akan mudah putus asa," katanya.
Namun, pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2020 pada Selasa, gandingan profesional negara itu terpaksa akur tewas kepada 'junior' mereka Aaron Chia-Soh Wooi Yik 19-21, 18-21.
"Saya dengan Wee Kiong sudah buat yang terbaik tapi Aaron dan Wooi Yik lebih kuat, lebih muda lebih pantas jadi saya rasa mereka ada potensi yang baik.
"Cuma hari ini, undian pusingan pertama sudah jumpa, nampak satu kalah satu menang... keputusan memang kena macam itulah. Kalau saya menang, dia yang akan kalah. Semua memang tidak suka kalau undi macam ini," katanya.
Dalam pada itu pasangannya Wee Kiong pula berkata beliau tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kelayakan ke Sukan Olimpik sebaliknya mahu memberi lebih fokus kepada setiap kejohanan serta perlawanan yang disertai mereka.
"Kita cuma tidak fikir sangat mengenai layak atau tidak. Kita fokus untuk melakukan peningkatan di setiap pertandingan yang kita sertai. Memang hari ini tidak seronok kalah tapi kita memang ada kurang sikit.
Tentang Aaron-Wooi Yik, memang dalam satu tahun ini mereka sudah meningkat dan prestasi mereka okaylah. Mungkin ini adalah perlawanan pertama pada permulaan 2020, tidak boleh buat apa, sudah kalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
Goh V Shem (kiri) dan Tan Wee Kiong menentang Soh Wooi Yik bersama Aaron Chia ketika beraksi pada pusingan pertama beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Master 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, 7 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.