Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini menawarkan diri bertanding sebagai calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).
Beliau berkata sudah menghantar borang pencalonan di mana pemilihan bagi calon presiden akan bermula pada 18 November ini.
“Pemilihan 18 November ini dan pencalonan bermula hari ini.
“Sekarang ini ada 65 pasukan di bawah Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan 36 daripadanya layak mengundi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau percaya penawaran dirinya sebagai calon presiden KLFA tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai Timbalan Speaker Parlimen.
“Sesi Parlimen secara rasmi ada tiga sesi dalam tempoh setahun saya akan dibantu oleh orang lain apabila sesi Parlimen.
“Pada waktu tiada persidangan saya akan ada masa sebab saya akan duduk Kuala Lumpur dalam tempoh lima atau empat tahun ini.”
Beliau juga yakin mempunyai kelayakan bertanding sebagai calon presiden KLFA memandangkan latar belakangnya yang tidak asing dalam industri bola sepak.
“Saya secara amnya saya minat bola sepak sejak sekolah rendah dan RMC pernah pemilihan bola sepak Selangor.
“Semasa dalam politik saya jadi penasihat Pasukan Bola Sepak Melayu Pulau Pinang dan pasukan itu telah meraih kemenangan Piala Raja Melayu pada tahun lepas.”
Selain itu beliau mengumumkan akan menjadi presiden bola sepak kakitangan Parlimen.