PENYERANG Harimau Malaya Safee Sali menuntut penyokong agar lebih memikirkan kesan tindakan mereka selepas keputusan denda yang dikeluarkan FIFA pada Isnin.

Safee meluahkan tindakan penyokong semasa perlawanan bertemu Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Shah Alam bulan lalu nyata merugikan skuad negara, seolah-olah usaha pemain di atas padang dipandang sepi.

Cuba berfikir positif di sebalik masalah yang dihadapi kem negara ketika ini, Safee tekad menebus maruah negara ketika berdepan Timor Leste pada 13 Oktober nanti.

"Ia merupakan satu kekecewaan buat kami sepasukan, beraksi tanpa penyokong sebagai pemain kami harus menerima hukuman tersebut.

"Kami sedar keadaan semasa sekarang, namun kami akan cuba untuk perbaik permainan, sekali gus mencuba untuk imej skuad negara," tegasnya.