Ketua jurulatih pasukan bola sepak Timor Leste, Norio Tsukitate mengakui pasukan bimbingannya yang kecundang 1-7 di tangan Malaysia malam tadi, kebanyakannya adalah pemain muda dan kurang berpengalaman.
Jurulatih dari Jepun yang berusia 59 tahun itu mendedahkan, dia terpaksa mengharapkan pemain muda yang kebanyakannya berusia antara 18 hingga 20 tahun memandangkan pemain yang lebih berpengalaman tidak berada dalam keadaan yang optimum antaranya akibat dipengaruhi gaya hidup yang tidak sihat.
Keputusan untuk mengetepikan pemain yang berpengalaman daripada senarai pemain, mengakibatkan barisan pemain muda mengalami kekalahan teruk di tangan Harimau Malaya dalam perlawanan pertama pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini.
"Suatu keadaan yang sukar kerana lebih kurang 25 pemain senior berhenti berlatih dan musim liga tempatan hanya untuk lima ke enam bulan. Selepas itu mereka tidak berbuat apa-apa ... tanpa latihan.
"Jadi, keadaan pemain senior adalah sukar, saya tidak boleh memilih mereka ke dalam skuad, jadi itulah sebab saya memilih pemain muda kali ini.
"Tapi selepas perlawanan semalam, saya fikir peluang kami untuk pusingan seterusnya 99 peratus musnah," kata bekas jurulatih Bhutan dan Laos itu kepada wartawan selepas perlawanan malam tadi.
BACA: Play-off kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya garang di Bukit Jalil
Malaysia membuka jaringan menerusi Corbin Ong Lawrence pada minit ke-11, sebelum Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi menambah jaringan pada minit ke-23 dan disusuli jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha (43'), Muhammad Safawi Rasid (45' and 59'), Mohd Faiz Nasir (78') and Muhammad Akhyar Rashid (89')
Timor Leste mendapat gol sagu hati menerusi kaptennya Joao Pedro da Silva Freitas pada minit ke-52 untuk membawa sedikit harapan kepada pasukan di kedudukan 195 dunia berhadapan Harimau Malaya di ranking ke-168 dalam perlawanan kedua di stadium yang sama pada Selasa.
Tsukitate berkata anak buahnya tidak mampu menandingi skuad Harimau Malaya kerana skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bermain dengan kawalan dan hantaran bola yang baik selain daripada gaya permainan berbeza memeranjatkan pemainnya yang kurang berpengalaman dalam perlawanan antarabangsa.
"Dalam liga tempatan, mereka bermain lebih baik ... lebih tekanan, lebih banyak hantaran yang baik tetapi dengan Malaysia, mereka tidak boleh bermain sedemikian. Saya harap mereka mempelajari sesuatu dalam perlawanan itu dan akan mempamerkan aksi yang lebih baik dalam perlawanan kedua," katanya.
BACA: Play-off kelayakan Piala Dunia: Cheng Hoe lega ...
Sementara, itu Cheng Hoe seakan-akan melihat satu lagi kemenangan besar ketika menentang pasukan yang sama, Selasa ini.
"Sudah tentu kita perlu bermain, kami tidak boleh duduk diam dan perlu bermain dengan kekuatan kami. Kami perlu menggunakan kekuatan maksimum dan pada masa yang sama berwaspada dengan serangan balas yang pantas dari Timor Leste.
"Kami perlu memperbaiki hantaran kami dan tidak hilang fokus tetapi secara keseluruhan saya lihat kami bermain sebagaimana kami inginkan.
"Walaupun Mohamadou Sumareh tidak menjaringkan gol tetapi dia mempunyai impak yang besar dalam perlawanan itu... saya harap beliau akan dapat balik momentum untuk menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2019
Norio Tsukitate pada sidang media Pra Perlawanan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 6 Jun, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.