Kejayaan Malaysia menarik jumlah penyertaan paling ramai dalam Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) di sini membuktikan reputasi negara tidak terjejas biarpun telah menolak permohonan visa dua pelayar Israel ke kejohanan itu.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kejohanan itu berjaya menarik seramai 433 orang pelayar dari 80 buah negara yang setakat ini berpuas hati dengan tahap penganjuran Malaysia.
"Hari ini kita tengok semua gembira, berpuas hati dengan penganjuran Malaysia. Tak ada pun yang disebut oleh wakil World Sailing (ISAF) kepada saya pun berkenaan isu itu sebab mereka tahu dasar kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan itu malam ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan memasuki Malaysia baru-baru ini untuk menyertai kejohanan itu yang akan bermula esok.
Khairy berkata keputusan itu bukan dibuat oleh beliau tetapi diputuskan Kabinet menurut dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Khairy berkata beliau tidak boleh menghalang ISAF untuk menjalankan siasatan berhubung keputusan Malaysia itu namun persekutuan dunia itu sudah dimaklumkan berkenaan pendirian negara tentang penglibatan Israel dalam mana-mana kejohanan dunia yang dianjurkannya.
"Bila kita mendapat apa sahaja hak penganjuran, mereka sudah maklum kita ada dasar tertentu dan kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut (Israel) dan itulah satu daripada pertimbangan yang perlu dibuat oleh mana-mana persatuan dunia yang mahu memberi hak penganjuran kepada Malaysia," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden ISAF Chris Atkins yang turut berucap dalam majlis perasmian itu, berkata kejohanan tahun ini merupakan yang terbesar pernah dicatatkan berdasarkan jumlah pelayar dan negara yang menyertainya.
Katanya kejayaan yang dicapai ini adalah hasil daripada komitmen yang ditunjukkan oleh pelayar-pelayar yang mengambil bahagian dan usaha keras Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) bagi memastikan kelancaran kejohanan ini.
"Kejohanan ini akan menjadi permulaan bagi perjalanan pelayar muda ini menuju Olimpik 2020 dan sebab itulah kami menggelarkan kejohanan ini sebagai satu permata," katanya.
BACA: Pemuda Amanah bidas DAP Perak selar sekatan ke atas peluncur angin Israel
Bernama
Mon Dec 28 2015
Khairy berkata keputusan itu bukan dibuat oleh beliau tetapi diputuskan Kabinet menurut dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. - Gambar fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
'Saya bukan mufti nak haramkan rokok' - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad secara berseloroh berkata, beliau bukan mufti untuk mengharamkan rokok di negara ini.