Berita  | Sukan

Tottenham bakal mendapat pemain baru

Tottenham bakal mendapat pemain baru
Jack Clarke menjaringkan dua gol untuk Leeds United musim lepas. - Foto LeedsUnited.com
TOTTENHAM HOTSPUR semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Leeds United, Jack Clarke.

Kedua-dua pihak dilaporkan bersetuju dengan bayaran £10 juta dan bayaran tambahan berdasarkan syarat-syarat di dalam kontrak.
Clarke dijangka mengadakan pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat dan dijangka menjadi pemain baru Spurs sejak Januari 2018, apabila kelab itu menandatangani penyerang Brazil, Lucas Moura dari Paris St-Germain.

Pemain berusia 18 tahun itu melalui sistem remaja kelab West Yorkshire dan membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Leeds pada 6 Oktober lepas menentang Brentford.

Dia membuat 25 penampilan untuk kelab itu musim lalu dan membantu Leeds memasuki separuh akhir play-off Liga Championship yang menyaksikan mereka tumpas kepada Derby County.