Tutup

Berita  | Sukan

UFC 242: Khabib dan pasukan sudah berlepas ke Abu Dhabi?

UFC 242: Khabib dan pasukan sudah berlepas ke Abu Dhabi?
Khabib akan mempertahankan kejuaraan lightweight-nya buat kali kedua di UFC 242. - Instagram/khabib_nurmagomedov
BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov dan pasukannya dipercayai telah berlepas ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk acara UFC 242.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi sebuah video di laman Instagram jurulatihnya, Javier Mendez.

Dalam posting terbaru itu, kelihatan Khabib, Islam Makhachev dan beberapa orang dari pasukannya sedang beratur untuk menaiki pesawat.

Mendez yang merakam video tersebut secara bergurau berkata yang mereka (Mendez, Khabib dan Islam) sudah tidak kenal ahli pasukan yang lain. 
Dipercayai Mendez, Khabib dan Islam memiliki tiket penerbangan kelas perniagaan manakala ahli pasukan mereka yang lain memegang tiket penerbangan kelas ekonomi.

Tambah menarik apabila kedua-dua Khabib dan Islam turut sama bersetuju dengan kenyataan Mendez itu.

BACA: Pasukan Khabib sudah mula kem latihan untuk UFC 242?
BACA: Khabib dinobat atlet Rusia paling berjaya oleh Forbes

Khabib dengan nada bergurau turut berkata yang dia juga tidak mengenali rakan pasukannya itu dan tidak mahu berkata apa-apa lagi.

UFC 242 akan berlangsung pada 8 September ini. Pada acara tersebut, Khabib akan mempertahankan kejuaraan lightweight-nya buat kali kedua.

Dia bakal bertemu dengan Dustin Poirier yang juga merupakan juara interim lightweight.

Selain Khabib, rakan sepasukannya seperti Islam dan Zubaira Tukhugov juga dilaporkan akan bertarung dalam acara yang sama.