Berita  | Sukan

United mencapai pesetujuan dengan Palace untuk mendapatkan khidmat Wan-Bissaka

United mencapai pesetujuan dengan Palace untuk mendapatkan khidmat Wan-Bissaka
Aaron Wan-Bissaka dijangka menyertai Manchester United selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan nilai perpindahan 50 juta pound. - Foto www.cpfc.co.uk
MANCHESTER UNITED mencapai persetujuan dengan Crystal Palace untuk menandatangani pemain pertahanan kanan kelab itu, Aaron Wan-Bissaka.

Bayaran perpindahan dianggar bernilai £50 juta dengan kontrak jangka masa panjang dan gaji mencecah sehingga £80,000 seminggu.

Palace sebelum ini menolak bidaan pertama sekitar £35 juta daripada United untuk mendapatkan Wan-Bissaka.
Pemain antarabangsa England berusia 21 tahun itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester sebelum bercuti.

Wan-Bissaka baru selesai menjalani tugas dengan skuad bawah 21 tahun England di kejohanan Eropah bawah 21 tahun.

Dia menyertai akademi Palace pada usia 11 tahun dan membuat penampilan sulung untuk skuad senior kelab itu pada 2018, selepas krisis kecederaan pemain pertahanan menyaksikan the Eagles tanpa Joel Ward, Martin Kelly dan Scott Dann.

Pada usia 20 tahun, Wan-Bissaka adalah satu-satunya pemain pertahanan kanan yang tinggal dalam skuad Roy Hodgson untuk menggantikan pemain yang cedera.

Corak permainannya mendapat pujian terutama sekali ketika menentang Tottenham Hotspur sehingga mengekalkan tempatnya menentang Manchester United dan juga Chelsea.

United akan membayar £45 juta sebagai wang pendahuluan, sekali gus menjadi pemain kelima termahal dibeli the Red Devils dibelakang Paul Pogba, Romelu Lukaku, Angel di Maria dan Fred.

Tag: Aaron Wan-Bissaka, Manchester United, Crystal Palace, England, Joel Ward, Martin Kelly, Scott Dann, Roy Hodgson, Tottenham, the Red Devils


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.