RYAN Giggs percaya Manchester United terlalu bergantung kepada Zlatan Ibrahimovic dan berasakan rakan sepasukan penyerang Sweden itu perlu memberikan lebih banyak sokongan kepadanya di depan gol.

Pemain berusia 35 tahun itu mengharungi musim yang cemerlang selepas meledak 28 gol dalam semua pertandingan buat United.

Rakan sepasukan Ibrahimovic gagal untuk menyamai prestasinya, dengan hanya Juan Mata berjaya menjaringkan lebih daripada 10 gol musim ini.

"Tiada masalah di dalam pasukan ini, prestasi mereka sangat baik dan barisan pertahanan kelihatan sangat kuat," kata Giggs.

"Hanya tumpuan di depan gol yang terlalu bergantung kepada Ibrahimovic.

"Dia adalalah penyerang tengah tetapi anda perlu menjaringkan gol dari setiap sudut.

Salah seorang pemain yang bergelut di depan gol adalah Jesse Lingard yang baru menandatangani kontrak baru bersama United, dengan Giggs menggesa pemain kebangsaan England itu untuk meningkatkan mutu permainannya.

"Jesse perlu menjaringkan lebih banyak gol. Sebagai seorang penyerang, adalah perlu meletakkan sasaran menjaringkan lebih daripada 10 gol."