Vitor Belfort merupakan antara petarung yang terawal melibatkan diri dalam sukan seni bela diri campuran (MMA).

Membuat kemunculan pertamanya di UFC 12 pada tahun 1997, Belfort terus mengorak langkah ke depan hingga menjadi juara di UFC bagi divisyen light heavyweight.

Namun keputusan pertarungan terakhir Belfort ketika menentang Lyoto Machida pada Mei 2018 tidak menyelebahinya.

Tewas menerusi 'kockout' (KO) pada pusingan kedua, Belfort kemudiannya mengumumkan persaraannya sebagai petarung profesional MMA.

Pada 1 March 2019, dunia MMA dikejutkan dengan berita Belfort telah kembali dari persaraan dan menandatangani kontrak untuk bertarung di bawah logo ONE Championship.

Empat bulan telah berlalu, namun masih belum ada berita tentang siapa lawan Belfort di ONE Championship dan bila pertarungannya bakal berlangsung.

Namun jika pertarungannya dimuktamatkan kelak, pemilik nama gelanggang 'The Phenom' ini berhasrat menjemput pengulas terkenal dari UFC, Joe Rogan untuk berada dalam pasukannya sebagai 'cornerman'.


"Joe Rogan dan saya membuat kemunculan pertama UFC pada malam yang sama. Saya menjadi petarung termuda yang pernah menang (dalam) UFC. Dan Joe pula memulakan kerjayanya yang luar biasa sebagai pengulas UFC," tulis Belfort di laman Instagramnya.

"Kami juga berkongsi rasa hormat yang sama terhadal ONE Championship. @yodchatri (Chatri Sityodtong) dan pasukannya di @ONEChampionship sedang mengubah lanskap MMA untuk petarung dan peminat. @Joerogan, saya ingin secara rasmi menjemput anda untuk menjadi 'cornerman' saya dalam pertarungan pertama saya di ONE Championship. Saya mengagumi dedikasi anda untuk sukan ini, dan saya amat berbesar hati untuk anda berkongsi pengetahuan dan suara anda," tulisnya lagi.

Bagaimanapun, buat masa ini Joe Rogan masih belum memberikan sebarang respon terhadap pelawaan Belfort.