PRESIDEN Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Khabib Nurmagomedov susulan kejayaannya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC, Ahad lalu.

Dalam aksi tersebut, Khabib selaku penyandang gelaran lightweight menumpaskan juara interim lightweight, Dustin Poirier dari Amerika Syatikat menerusi ‘submission’ pada pusingan ketiga.

Putin menzahirkan ucapan tersebut ketika mengadakan lawatan kerja ke daerah persekutuan milik Rusia, Dagestan pada Khamis.

Semasa lawatan, Putin sempat bertemu Khabib dan bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Republik Dagestan, Vladimir Vasilev.

BACA: Khabib tumpaskan Poirier, kekalkan kejuaraan lightweight UFC

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda. Ia adalah pertarungan yang baik dan menentang pesaing yang kuat.

"Kuncian yang anda lakukan sangat baik, ia sangat teknikal,” katanya seperti dipetik portal GenFight.com.

Khabib yang memberi kepada Putin, mengakui Poirier seorang petarung yang hebat selain menghormati pihak lawannya.

“Ya lawan saya memang kuat dan dihormati. Kali ini saya (juga) bertarung dengan petarung yang menghormati saya,” katanya.

Khabib dipercayai membandingkan pertarungan tersebut dengan pertarungannya yang lepas antara Conor McGregor pada Oktober tahun lalu yang dicemari insiden buruk.

Khabib pada Ahad lalu berjaya mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC selepas menewaskan Poirier dalam acara UFC 242 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.

[#UFC] Vladimir Putin bertemu dengan Khabib. Ini antara dialog mereka yang telah diterjemahkan. ⠀ ✨Putin: Kuncian yang anda lakukan sangat baik, ianya sangat teknikal. . ✨Khabib: Iya, pada mulanya saya cuba untuk melakukan kuncian ‘neck crank’, tetapi dia (Poirier) berjaya melepaskan diri. . ✨Putin: Dia berjaya menyempurnakan satu tumbukan yang baik pada anda juga. . ✨Khabib: Ya dia berjaya memerangkap saya dengan satu tumbukan yang baik. Saya berjaya mengawal pusingan pertama. Tetapi pada pusingan kedua pergerakan saya sedikit kaku, ketika itu dia berjaya menumbuk saya. Selepas itu saya dengar suara bapa yang tidak berpuas hati (ketawa). . ✨Putin: Dia (Poirier) lebih tinggi dari anda? . ✨Khabib: Tidak, ketinggian kami lebih kurang sama. Saya menjangkakan dia lebih kecil dari saya. Tetapi ketika berada di posisi ‘clinch’ saya sedar dia lebih besar dari saya dan dia begitu kuat sekali. Keadaan badannya juga begitu licin (akibat peluh). Kerana keadaan di dalam Arena tersebut sangat panas. . ✨Khabib: Saya selalu di ‘boo’ ketika bertarung di Amerika Syarikat kerana mereka memberikan sokongan pada petarung mereka. Tapi kali ini, saya rasa sokongan yang diberikan kepada saya begitu hebat. Saya lihat ramai kenalan yang hadir. Selepas itu saya berasa gementar dan merasa tertekan. . ✨Putin: Tetapi anda masih berjaya melakukan ‘takedown’ . ✨Khabib: Sebelum pertarungan, kawan saya ada memberi tahu supaya berhati-hati kerana Dustin gemar melakukan kuncian ‘guillotine’. Saya tahu Dustin melakukannya dengan tangan kanan walaupun dia adalah seorang ‘southpaw’. Dia akan mengunci kedua kaki di sekeliling lawannya dan mula memerah (bahagian leher). Jadi saya membuat keputusan untuk menghulur leher saya dengan sengaja. Selepas itu dia mula melakukan kuncian ‘guillotine’. Walaupun saya meletakkan kaki saya di atas kakinya, saya masih boleh merasa tekanan yang diberikan. Saya sedar saya perlu keluar (dari kuncian ‘guillotine’) secepat mungkin. Saya kemudian menukar kedudukan badan dua kali dan akhirnya saya berjaya keluar. . Putin sekali lagi mengucapkan tahniah pada Khabib. . ✨Klik link di bio untuk artikel penuh. . ✨Follow @myGenFight di IG & FB . #GenFight #MMAMalaysia #BeritaMMA

A post shared by GenFight (@mygenfight) on