KUMPULAN penyokong setia skuad bola sepak kebangsaan, Ultras Malaya yakin Malaysia akan mencapai kemenangan malam ini di Bangkok.

Salah seorang anggotanya, Iyzat Hamdan bersama penyokong-penyokong yang lain sudahpun berada di perkarangan stadium.

Mereka sudah bersedia untuk menyuntik semangat kepada barisan utama Harimau Malaya yang menentang skuad tuan rumah.

BACA: #WeBelangTogether 'Kami bukan minta tiket percuma'

Keputusan yang diramal adalah kemenangan 2-0 kepada Malaysia menerusi sebuah video yang dihantar Iyzat kepada Astro Awani.



Perlawanan separuh akhir kedua antara Thailand dan Malaysia akan bermula pada 8 malam waktu Malaysia.