Atlet renang negara, Welson Sim tetap menjadi sandaran utama untuk mengekalkan tiga pingat emas pada temasya Sukan SEA Filipina 2019 yang akan membuka tirai pada 30 Nov hingga 11 Dis ini.
Ketua jurulatih renang negara, Chris Martin berkata atlet berusia 22 tahun yang kini menjalani latihan di Melbourne, Australia akan menyertai skuad renang di Clark.
"Dia akan terus pergi ke Filipina untuk berjumpa dengan kami kerana jurulatihnya mahu dia terus berada di sana, jadi dia akan bertemu kami di sana," katanya pada sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019 hari ini.
Sementara itu, pengurus pasukan renang, Liee Yien Yee mengesahkan seorang lagi perenang negara Tern Jian Han tidak dapat beraksi pada temasya dwitahunan itu ekoran kecederaan dan tempatnya akan digantikan dengan atlet muda, Steve Khiew Hoe Yean.
"Yang akan ganti (Jian Han) adalah Steve Khiew. Dia memang ada potensi serta sangat rajin dan komited dalam latihan untuk Sukan SEA seterusnya dan ini adalah masa untuk dia mendapat pendedahan," katanya.
Seramai 15 atlet bakal menggalas cabaran dalam 36 disiplin yang dipertandingkan dalam acara renang bermula pada 4 Dis.
Malaysia menyasarkan tiga pingat emas pada edisi kali ini dan yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan kejayaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Untuk rekod, sukan akuatik tampil cemerlang pada edisi lepas apabila menghadiahkan keseluruhan 20 pingat emas buat kontinjen negara termasuk lima dalam acara renang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 12 2019
Welson yang kini menjalani latihan di Melbourne, Australia akan menyertai skuad renang di Clark. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024
Satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis April ini.
Nasihat Shalin pada atlet negara, jangan cepat selesa, pastikan imbuhan diterima selari pencapaian
Atlet negara juga dinasihatkan perlu ada mentaliti pantang menyerah kalah seperti atlet era terdahulu.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.