Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan mengetepikan sementara ikatan adik beradik dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT) pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Bekas pemain kebangsaan itu yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali bersama Aidil pada 2009 dan 2011 sewaktu beraksi dengan Negeri Sembilan, menegaskan fokus utamanya adalah membantu Kedah menjulang Piala Malaysia buat kali keenam walaupun sedar Aidil Zafuan yang merupakan abangnya, turut memasang impian yang sama.
Untuk rekod, Kedah muncul juara Piala Malaysia sebanyak lima kali iaitu pada 1990, 1993, 2007, 2008 dan 2016, manakala JDT meraih kejuaraan sulung pada 2017 setelah menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam.
"Sentimen adik beradik itu kita perlu tolak ke tepi dahulu apabila berada di tengah padang, cuma kita berdua akan buat yang terbaik untuk pasukan masing-masing, dan doa emak itu penting.Menang kalah itu adat pertandingan.
"Final kali ini memang berbeza kerana saya beraksi menentang pasukan abang saya dan perlawanan akhir ini tidak akan sama dengan perlawanan lain sama ada di peringkat kumpulan dan sebagainya kerana setiap pemain ingin beraksi di pentas final," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Zaquan Adha mengakui beliau dan Aidil Zafuan sudah memahami permainan masing-masing kerana pernah beraksi bersama sejak mewakili negeri kelahiran mereka, Negeri Sembilan dari 2006 sehingga 2011, namun beliau percaya perancangan taktikal terbaik pasukan masing-masing bakal menjadi penentu pemenang perlawanan malam esok.
Pandangan sama turut disuarakan pemain sayap Kedah, Azammuddin Mohd Akil, yang mengintai kejuaraan keempat Piala Malaysia bersama skuad Lang Merah setelah meraih kejuaraan sama dengan dua pasukan lain sebelum ini.
Pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu pernah menjulang Piala Malaysia bersama Pahang sebanyak dua kali iaitu pada 2013 dan 2014, serta JDT pada 2017.
"Perlawanan malam esok dijangka sengit, namun saya fokus kepada persembahan saya untuk membantu Kedah menjulang Piala Malaysia, dan sekiranya jurulatih (Aidil Sharin Sahak) turunkan saya, Insya-Allah, saya akan beri yang terbaik,"jelasnya yang mesra dengan panggilan Alex dalam kalangan rakan sepasukan.
Pemain pertahanan kanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali pula yakin pemain yang bakal menggantikan tempatnya pada aksi final esok, mampu mengekang trio serangan JDT iaitu Luis Diogo Santo, Muhammad Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera yang menjadi nadi kekuatan skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Bekas pemain kebangsaan itu terlepas aksi final Piala Malaysia 2019 setelah mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir dan separuh akhir.
Terdahulu, hampir 100 penyokong Kedah hadir pada sesi ramah mesra bersama pemain dan jurulatih skuad Lang Merah di kedai menjual peralatan bola sepak Football Republic di Pusat Beli Belah Sunway Pyramid di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019
Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (kiri) bersama ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak (dua, kiri) beramah mesra bersama peminat pada Majlis Bertemu Peminat Bersama Pasukan Bola Sepak Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Aidil Zafuan kongsi perancangan masa depan di JDT selepas julang gelaran Liga Super ke-10
Pemain berusia 35 tahun itu menegaskan dia masih mempunyai baki kontrak setahun dan sedia untuk kekal berkhidmat bersama JDT.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda
Aidil kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk.
Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.
Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.
Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan
Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan sambutan Syawal kali ini paling sayu untuknya sekeluarga.
Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah
Masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan tersebut.
Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan
Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama
Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil
Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan mengetepikan sementara ikatan adik beradik dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT).
'Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan'
Pastinya peminat bola sepak memberi tumpuan buat pasangan kembar bola sepak iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha Abdul Radzak.