Gandingan import Zesh Rahman dan Dickson Nwakaeme menyambut lebaran Aidilfitri dalam suasana berbeza apabila memutuskan untuk beraya di Kuantan, Pahang tahun ini.

Tiada rasa kekok dari Zesh walaupun sambutan perayaan di Malaysia mungkin berbeza dengan tempat kelahirannya di Birmingham England.

Keputusan Zesh difaktori oleh keutamaannya terhadap skuad Tok Gajah yang bakal meneruskan cabaran aksi Liga Super pada 1 Ogos sebagai pendahulu liga.

"Ini merupakan sambutan perayaan pertama buat saya sekeluarga di Malaysia dan saya teruja untuk perayaan kali ini," ujar Zesh.

Zesh yang berdarah Pakistan memilih untuk merasai kelainan perayaan Aidilfitri di Malaysia bersama dengan keluarga termasuk isteri, anak dan ibu bapanya

Manakala, penyerang Dickson juga akui teruja dengan sambutan Aidilfitri di Malaysia walaupun beragama Kristian.

Dickson berkata dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mencari baju melayu serta kuih muih sebagai sambutan perayaan Aidilfitri.