Apple tawarkan gantian bateri percuma bagi sesetengah MacBook susulan aduan masalah

Apple tawarkan gantian bateri percuma bagi sesetengah MacBook susulan aduan masalah
Apple tawarkan penggantian bateri percuma seluruh dunia bagi masalah tersebut. - Gambar fail
CALIFORNIA: Apple pada Jumaat mengeluarkan kenyataan bahawa mengenal pasti masalah kegagalan komponen dalam sebilangan kecil MacBook Pro yang hingga mmebawa kepada pengembungan bateri binaan dalam.

Reuters melaporkan, atas sebab itu pihaknya menawarkan penukaran secara percuma di seluruh dunia bagi pengguna yang mengalami masalah tersebut.
Difahamkan, masalah itu terjadi bagi MacBook Pro 13 inci tanpa bar sesentuh.

Apple bagaimanapun menjelaskan perkara itu bukan suatu isu keselamatan.

Di laman sokongan Apple, kesemua unit yang terjejas dikenal pasti dikeluarkan antara Oktober 2016 dan Oktober 2017, tanpa memberi jumlah sebenar MacBook yang terlibat.

Syarikat pengeluar telefon pintar iPhone itu berdepan kritikan apabila pada Disember lalu mengesahkan masalah prestasi lembab perisian yang mengiringi bateri model iPhone 6, iPhone 6s dan iPhone SE.

Syarikat itu kemudiannya memohon maaf dan mengurangkan kos untuk mengganti bateri.