FACEBOOK mengemas kini laman sosialnya dengan memperkenalkan ciri terbaharu, comments video, yang membolehkan pengguna meninggalkan video sebagai komen pada posting rakan Facebook mereka.

Dengan memilih ikon kamera di bawah kotak ‘reply’ - sebelum ini hanya digunakan untuk menambah gambar - pengguna kini boleh memuat naik klip video mereka sebagai balasan komen.

Ciri ini boleh didapati di iOs, Android, dan juga di laman web.


Menurut portal The Verge, ciri terbaharu ini diprototaip sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun Hackathon ke-50 syarikat berkenaan, namun telah dibicarakan sejak beberapa bulan yang lalu.

“Kami beri keupayaan untuk memuat naik video ke dalam ruang komen kerana kami mahu jadikan perbualan lebih menarik dalam kalangan pengguna," kata pakar jurutera Facebook, Bob Baldwin menerusi satu kenyataan media.

Facebook
Kredit Gambar: Facebook