SEJAJAR dengan perkembangan maklumat dan teknologi (IT), Facebook berjaya melancarkan ciri terbaharunya., ''360 Photos' hari ini.
Perkara itu telah diumumkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada Mei lalu.
Ciri baharu ini membolehkan pengguna melihat dan memuat naik foto yang dirakam menggunakan kamera 360 darjah di desktop dan telefon bimbit.
CIri ini boleh didapati pada iOS, Android, web dan juga Samsung Gear VR, mulai hari ini.
Menurut satu kenyataan rasmi Facebook, pengguna hanya perlu merakam foto menerusi panaroma ataupun menerusi aplikasi kamera 360 darjah yang sahih seperti 'Ricoh Theta S' dan memuat naik imej itu di Facebook mengikut prosedur yang sama.
Selepas dimuat naik, imej berkenaan akan menunjukkan ikon animasi '360' darjah untuk memberitahu rakan anda bahawa mereka boleh “meneroka” foto tersebut.
Malah, pengguna juga boleh melihat foto 360 darjah di Facebook secara realiti maya atau 'virtual reality' dengan menggunakan Samsung Gear VR.
“Kami memperkenalkan ciri gambar di Facebook lebih dari satu dekad yang lalu, dan ia dengan pantas menjadi salah satu cara utama pengguna berkongsi pengalaman mereka.”
“Facebook percaya video, 360 dan VR adalah ciri perkongsian masa depan, jadi kami mahu pengguna kami untuk menyesuaikan diri. Mungkin satu hari, Instagram juga akan menerima ciri gambar 360 darjah,” kata Pengurus Produk Facebook, Andy Huang.
Sementara itu, Mark Zuckerberg turut berkesempatan berkongsi beberapa gambar contoh 360 menerusi akaun rasmi Facebooknya.
Kohilah Sekaran
Fri Jun 10 2016
Facebook melancarkan ciri gambar 360 darjah seperti yang diumumkan beberapa bulan lalu oleh Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Facebook lancar ciri '360 Photos' hari ini
Facebook melancarkan ciri gambar 360 seperti yang diumumkan beberapa bulan lalu oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.