Gergasi media sosial, Facebook menafikan laporan media bahawa pengasasnya Mark Zuckerberg merancang untuk melawat Thailand hujung bulan ini dan bertemu Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.
Penafian itu dibuat selepas pengumuman oleh Prayut pada Selasa mengenai pertemuannya dengan Zuckerberg pada 30 Okt yang mana mereka akan berbincang pelbagai isu termasuk jenayah transnasional.
"Tiada perancangan buat masa ini untuk mana-mana pemimpin kanan melawat Thailand," menurut media tempatan hari ini yang memetik kenyataan oleh jurucakap Facebook yang dibuat pada Rabu.
Kerajaan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai penafian Facebook itu.
Perdana menteri pada Selasa berkata Zuckerberg akan ke Thailand untuk urusan perniagaan dan memohon satu pertemuan diadakan dengan beliau untuk membincangkan kerjasama dalam menghalang dan menyelesaikan masalah berkaitan jenayah transnasional.
Menurut Prayut, pertemuan itu akan membolehkan kedua-dua mereka bertukar pendapat.
Timbalannya Somkid Jatusripitak juga dipetik oleh media tempatan sebagai berkata bahawa pengasas media sosial itu akan turut membincangkan perluasan perniagaan Facebook di ASEAN semasa pertemuan dengan perdana menteri Thailand nanti.
Ia merupakan peluang yang bagus untuk Thailand, katanya, menambah banyak operator dalam talian termasuk dari Amerika Syarikat dan China turut mengintai peluang di ASEAN.
Sementara itu, media tempatan membuat spekulasi bahawa perdana menteri akan meminta Zuckerberg untuk menyekat catatan dan video yang dianggap sebagai melanggar Seksyen 112 Kod Jenayah Thailand, dikenali sebagai undang-undang Lese Majeste.
Menurut media tempatan lagi, lawatan terakhir Zuckerberg ke Thailand adalah tujuh tahun lepas atas urusan peribadi untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
Media Thailand membuat spekulasi Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha akan meminta Zuckerberg (gambar) menyekat catatan dan video yang dianggap sebagai melanggar Seksyen 112 Kod Jenayah Thailand. - Gambar fail
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.