Syarikat teknologi terkemuka dunia, Google hari ini mengumumkan pembangun aplikasi di Google Play Store mencatat jumlah pendapatan lebih 150% berbanding tahun lalu.

Pengarah Serantau Google Play Asia Pasifik, James Sanders berkata ia secara langsung memberi impak kepada pasaran ekonomi global dan tempatan.

“Google sentiasa komited membantu meningkatkan perkembangan ekosistem pembangun-pembangun di Asia Tenggara.

“Dengan dua billion peranti Android yang aktif, serta 82 billion aplikasi dimuat turun, ia menunjukkan satu peluang yang besar bagi pembangun mendekati pengguna,” tambahnya dalam satu sesi bersama media pada persidangan Google Playtime, yang berlangsung di The Three Peacocks, Labrador Park, di sini, hari ini.

Menurut James lagi, melihat kepada trend pengguna ketika ini yang banyak meluangkan masa menggunakan aplikasi mudah alih memberi isyarat masa hadapan yang cerah untuk pembangun.

Turut berlangsung, sesi perkongsian pengalaman daripada pembangun yang telah memberi impak besar dalam industri aplikasi mudah alih ini, antaranya:
Menerusi sesi ini, mereka berkongsi bagaimana aplikasi yang dibina dimuat turun pada jumlah yang tinggi dengan bantuan Google.