KETIKA ini, penerbangan dengan pesawat penumpang dari New York ke London memakan masa sehingga lapan jam.

Namun, tempoh itu akan lebih singkat jika projek pembinaan pesawat Supersonic X menjadi kenyataan.

Projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dengan kontrak pembinaan bernilai AS$247.5 juta diberikan kepada Lockheed Martin.

Pesawat tersebut direka untuk memintas kelajuan bunyi dan mampu terbang pada kelajuan 1.448.41 kilometer sejam sebagai sebahagian inisiatif Teknologi Supersonik Senyap (QueSST) yang dibangunkan NASA.

Mengikut perancangan prototaipnya akan diuji pada 2021. Jika berjaya menepati kriteria yang diharapkan iaitu laju tapi senyap, ia diharap mampu merevolusikan dunia penerbangan awam.

Ketika ini penerbangan melibatkan pesawat supersonik diharamkan di Amerika Syarikat dan Eropah kerana bunyi kuat yang dihasilkannya.