HANYA dengan mengelipkan mata, anda kini boleh bermain Flying Face, permainan mirip Flappy Bird menerusi aplikasi Instagram di Intagram Stories.

Menggunakan teknologi augmented reality (AR), pengguna hanya perlu mengelipkan mata agar imej imej burung itu terbang selari dengan gerakan mata untuk melepas halangan tiang berwarna hijau.

Bagaimanapun, pemainan ini hanya boleh diakses oleh pengguna selepas mengikuti akaun Instagram milik @dvoshanksky.

Selain permainan Filter Face, pengguna turut berpeluang mencuba sembilan lagi tapisan atau filter baharu yang menarik di Instagram Stories, lapor Kompas.com.

Lebih menarik apabila permainan ini turut boleh dimainkan bersama seorang lagi rakan anda pada waktu yang sama.