Kadar harga perkhidmatan komunikasi seperti pakej jalur lebar di negara ini masih berada di tahap yang berpatutan dan kompetitif, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Katanya, ini berdasarkan kajian dan petunjuk daripada persatuan dan organisasi berkaitan telekomunikasi dunia seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang melakukan perbandingan dengan negara lain di rantau ini.
"Menurut laporan indeks kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dikeluarkan ITU, yang antara lain mengambil kira kadar akses kepada Internet, telah meletakkan Malaysia di tangga ketiga terbaik di antara negara di Asia Tenggara.
"Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di tangga kesembilan dalam 34 negara anggota, perkara ini tidak mungkin dicapai sekiranya harga pakej jalur lebar di negara ini dikatakan mahal," katanya sewaktu menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Sementara itu, Jailani berkata Seksyen 197 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membenarkan pemberi perkhidmatan atau syarikat telekomunikasi untuk menetapkan kadar harga jalur lebar mengikut kadar pasaran.
"Bagaimanapun, mereka (syarikat telekomunikasi) perlu berlaku adil dan saksama dalam meletakkan kadar harga mengikut jumlah kos. Mereka juga tidak dibenarkan untuk meletakkan diskaun yang tidak munasabah yang boleh memudaratkan persaingan," katanya.
RUU Perbekalan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia diluluskan Dewan dengan undian suara majoriti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Laporan indeks kemajuan ICT dikeluarkan ITU, yang antara lain mengambil kira kadar akses kepada Internet, telah meletakkan Malaysia di tangga ketiga terbaik di antara negara di Asia Tenggara. - Gambar fail
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.