BULAN akan mendapat rangkaian telefon pertamanya yang membolehkan aliran berdefinisi tinggi dari galaksi itu kembali ke bumi, tahun depan.

Pelancaran dijadual berlangsung pada 2019 dari Cape Canaveral di menggunakan roket SpaceX Falcon 9 sempena 50 tahun selepas manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan.

Misi menyediakan rangkaian telefon di bulan itu akan dilakukan dengan kerjasama Vodafone Jerman, pembuat peralatan rangkaian Nokia dan pembuat kereta Audi.

Sebagai langkah awal, Vodafone berkata ia telah melantik Nokia sebagai rakan teknologinya untuk membangunkan rangkaian gred angkasa yang akan menjadi sekeping kecil perkakasan seberat sepaket gula.

"Projek ini melibatkan pendekatan innovatif dan menyeluruh bagi pembangunan infrastruktur rangkaian bergerak," kata Ketua Eksekutif Vodafone Jerman, Hannes Ametsreiter.

Bagaimanapun pelancaran itu akan mengguna pakai rangkaian 4G setelah mengambil kira rangkaian generasi 5G masih di peringkat percubaan dan tidak stabil untuk beroperasi di permukaan bulan.