HUAWEI Malaysia telah mengumumkan harga pasaran untuk tujuh produk terbaharu mereka.

Untuk peranti terkini mereka, Mate20 Pro, ia akan dijual pada harga RM3,599.

Harga Mate20 pula adalah RM2,799.

Kedua-dua telefon mudah alih ini akan dipasarkan mulai 27 Oktober ini.

Bagi model Mate20 X, ia akan dijual pada harga RM3,199 dan akan mula dipasarkan mulai 11 November ini.

Untuk komputer riba mereka pula, ia akan dipasarkan dalam dua model yang berlainan, iaitu MateBook X Pro dan MateBook D.

Bagi MateBook X Pro versi i7, ia akan dijual pada harga RM6,999. Manakala versi i5 pula, ia akan dipasarkan pada harga RM4,999.

Untuk komputer riba model MateBook D, ia akan dipasarkan pada harga RM 2,999.

Huawei juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan jam tangan pintar di pasaran Malaysia. Ia akan didatangkan dalam dua model berlainan.

Bagi model WatchGT, ia akan dipasarkan pada harga RM999.

Untuk jam tangan pintar TalkBand B5 pula, ia akan dijual pada harga RM699.

Kesemua produk komputer riba dan jam tangan pintar akan dipasarkan mulai 27 Oktober ini.