HONOR, jenama telefon pintar milik Huawei, memperkenalkan telefon pintar pertama 2019 dengan kelebihan kamera 'hole punch' yang dijual pada harga yang sangat kompetitif.

Dinamakan HONOR View 20, ia akan mula dipasarkan di Malaysia pada 26 Januari 2019 dan didatangkan dalam dua versi.

Versi 6GB Ram dan 128GB storage akan dijual pada harga RM1,999, dan akan didatangkan dalam dua warna: Midnight Black dan Sapphire Blue.

Versi 8GB Ram dan 256 storage pula akan dijual pada harga RM2,499 dan didatangkan dalam satu warna: Phantom Blue.

Koloborasi HONOR bersama rakan-rakan perniagaan mereka untuk keluaran View 20 ini termasuk National Geographic, Moschino, dan Epic Games.

George Zhao, Presiden HONOR berkata Malaysia adalah antara pasaran terpenting HONOR dan disebabkan itu, Malaysia bakal menjadi antara pasaran pertama dunia yang menerima jualan global syarikat ini.

“Pada CES 2019, kami telah mempamerkan View 20 pada orang awam, dan pandangan yang telah diterima sangat memuaskan,” kata Zhou pada sidang media pelancaran telefon pintar itu di Paris pada Selasa.

Peranti ini adalah telefon pintar yang pertama menggantikan ‘notch’ untuk kamera depannya.

Telefon pintar seperti iPhone X, Huawei Mate20 dan lain-lain telah meletakkan notch untuk kamera depan sepanjang tahun 2018.

View 20 akan memastikan bahawa telefon-telefon pintar untuk tahun 2019 juga akan menggantikan rekaan notch ini dengan bentuk ‘hole punch’.

Pengeluar telefon lain seperti Samsung dan Oppo juga dijangka akan menggantikan bentuk notch dengan bentuk ‘hole punch’ bagi model-model tahun 2019.