SYARIKAT permainan video Nintendo hari ini mengumumkan konsol terbarunya yang diberi nama Switch.

Konsol itu disifatkan yang pertama seumpamanya yang mana pengguna boleh bermain permainan video pada peranti mudah alih juga di rumah.

Bagaimanapun harga konsol itu mengundang reaksi daripada golongan pemain permainan video tegar yang menyifatkannya agak melampau.

Nintendo meletakkan harga AS$300 di Amerika Syarikat bagi setiap unit konsol Switch yang akan mula dijual 3 Mac ini.